BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 12 Disember 2009

Wilton Course 3















Suzie, Diana, Aida, Azlin, Maz, Alice, Lay Pheng & Kak Nolly

Fondant Gift Box Cake











Grand Finale Cake



















Rosebuds











Petunia












Poinsettia

















Morning Glory










Easter Lily

Wilton Course 2- Royal Icing Flowers


































Grand Finale Cake


















Violet Apple Blossom










Victorian Rose










Daisy






Pansy

Lagi Aneka Tepung & kegunaannya

8. Tepung Hong Kong
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama yang lain, yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya).

9
. Tepung Pulut
Tepung Pulut (berwarna putih) ini diimport dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang. Tepung ini mengandungi 100 peratus beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras tidak dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung amat sesuai mengamalkannya.

10. Tepung Optima
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai di buat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serbaguna, tepung kastard atau tepung jagung boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resipi.

11. Tepung Gandum Tulen
Tepung gandum tulen mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat.

12. Tepung Hoen Kwee
Tepung Hoen Kwee digunakan untuk buat kuih-muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran tepung jenis ini mempunyai pelbagai jenis warna pembungkusnya. Warna oren mempunyai adunan tepung kekuningan. Warna hijau mengandungi adunan tepung kehijauan tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik warna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Warna biru pula mengandungi adunan tepung putih.

13. Tepung Kastard
Tepung kastard selain mewangikan ia membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastard dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

14. Tepung Biskut Marie
Tepung Biskut Marie adalah dari biskut marie yang dikisar halus kemudian diayak di dalam pengayak halus agar hasilnya seperti tepung.

15. Tepung Ubi
Tepung Ubi kayu adalah tepung kanji digunakan untuk meliatkan adunan namun boleh juga digantikan dengan tepung sagu.

16. Tepung Jagung
Tepung jagung fungsinya memang untuk memekatkan walaupun agak berbeza penggunaannya berbanding dengan tepung ubi.