BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 11 Disember 2009

Aneka Tepung & kegunaannya

1. Tepung serbaguna
Tepung serbaguna sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum(biasa) kerana lebih mudah didapati.


2. Tepung berprotein tinggi
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

3. Tepung berprotein rendah
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

4. Tepung gandum
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya adalah serupa dengan tepung serbaguna.

5. Tepung creamer
Creamer adalah seperti susu(berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minimun seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama "Carnation" .

6. Tepung naik sendiri
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

7. Tepung Ros
Tepung ros sebenarnya mengandungai bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resipi. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat dari tepung gandum.


MySpace Flowers Glitter Graphics from SuperPimper.com
MySpace Flowers Glitter Graphics